Notis risiko
OctaFX mengumpulkan beberapa Data Peribadi daripada Penggunanya.
Pengawal dan Pemilik Data
Octa Markets Incorporated - Suite 305, Griffith Corporate Centre, Beachmont, Kingstown, St. Vincent and the Grenadines,
support@octafx.com
Jenis Data yang dikumpul
Antara jenis Data Peribadi yang dikumpul oleh OctaFX, sama ada secara sendirian atau melalui pihak ketiga, adalah seperti berikut: Kuku, Data penggunaan, alamat e-mel, nama pertama, nama keluarga, nombor telefon, alamat, jantina, tarikh lahir, negara dan poskod.
Data Peribadi lain yang dikumpul mungkin dihuraikan dalam seksyen lain dalam polisi privasi ini atau melalui teks penjelasan khas secara kontekstual dengan pengumpulan Data.
Data Peribadi mungkin diberikan secara bebas oleh Pengguna, atau dikumpul secara automatik apabila menggunakan OctaFX.
Sebarang penggunaan Kuki atau sebarang jenis alat penjejakan lain oleh OctaFX atau pengguna perkhidmatan pihak ketiga yang digunakan oleh OctaFX, melainkan dinyatakan sebaliknya, berperanan untuk mengenalpasti Pengguna serta pilihan mereka, bagi tujuan membekalkan perkhidmatan yang diperlukan oleh Pengguna sahaja.
Kegagalan untuk membekalkan Data Peribadi tertentu boleh menghalang OctaFX daripada membekalkan perkhidmatannya.
Pengguna bertanggungjawab atas sebarang Data Peribadi daripada pihak ketiga yang diperolehi, diterbitkan atau dikongsikan melalui OctaFX dan mengesahkan bahawa mereka telah mendapat persetujuan pihak ketiga berkenaan untuk memberikan data kepada Pemilik.
Mod dan tempat pemprosesan Data
Kaedah pemprosesan
Pengawal Data memproses Data Pengguna melalui proses yang sepatutnya dan akan mengambil langkah keselamatan yang bersesuaian untuk menghalang sebarang akses, yang tidak diizinkan, pendedahan, pengubahsuaian atau pemusnahan Data yang tidak diizinkan.
Pemprosesan Data dijalankan menggunakan komputer dan/atau alat Teknologi Maklumat yang didayakan, mengikut prosedur dan mod organisasi yang hanya terhad bagi tujuan yang dinyatakan. Sebagai tambahan kepada Pengawal Data, dalam sesetengah hal, Data berkenaan mungkin boleh diakses oleh jenis individu tertentu yang mempunyai kawalan, terlibat dengan operasi laman (pentadbiran, jualan, pemasaran, perundangan, pentadbiran sistem) atau pihak luaran (seperti pembekal perkhidmatan pihak ketiga, penghantar surat, pembekal pengehosan, syarikat Teknologi Maklumat, agensi komunikasi) yang dilantik, jika berkenaan, sebagai Pemproses Data oleh Pemilik. Senarai terkini pihak-pihak berkenaan boleh didapatkan daripada Pengawal Data pada bila-bila masa.
Tempat
Data akan diproses di pejabat operasi Pengawal Data dan mana-mana lokasi lain yang terletaknya pihak lain yang berkaitan dengan pemprosesan data berkenaan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengawal Data.
Masa penyimpanan
Data berkenaan disimpan dalam masa yang diperlukan sebagai bekalan kepada perkhidmatan yang diminta oleh Pengguna, atau yang dinyatakan melalui tujuan yang dinyatakan dalam dokumen ini, dan Pengguna sentiasa berupaya untuk melakukan permintaan kepada Pengawal Data untuk menggantung atau mengalih keluarkan data.
Penggunaan Data yang dikumpul
Data yang berkaitan dengan Pengguna akan dikumpul sebagai bekalan kepada Pemilik untuk perkhidmatannya, serta bagi tujuan berikut: Analisis, Interaksi dengan platform langsung, Pemasaran Semula dan Sasaran Tingkah Laku, Menghubungi Pengguna, Menguruskan kenalan dan menghantar mesej serta Menguruskan pembayaran.
Data Peribadi yang digunakan bagi setiap tujuan berkenaan telah digariskan dalam seksyen khusus yang terdapat dalam dokumen ini.
Maklumat terperinci berkenaan pemprosesan Data Peribadi
Data Peribadi dikumpul bagi tujuan berikut dan menggunakan perkhidmatan berikut:
Analisis
Perkhidmatan yang terdapat dalam seksyen ini membolehkan Pemilik untuk memantau dan menganalisis trafik web dan boleh digunakan untuk menjejaki tingkah laku Pengguna.
Penjejakan tukaran Google AdWords (Google Inc.)
Penjejakan tukaran Google Adwords merupakan perkhidmatan analisis yang dibekalkan oleh Google Inc. yang menghubungkan data daripada rangkaian pengiklanan Google AdWords dengan tindakan yang dilakukan di OctaFX.
Data Peribadi yang dikumpul: Kuki dan Data Penggunaan.
Tempat pemprosesan: AS – Polisi Privasi
Google Analytics (Google Inc.)
Google Analytics merupakan perkhidmatan analisis web yang dibekalkan oleh Google Inc. (“Google”). Google menggunakan Data yang dikumpul untuk menjejaki dan memeriksa penggunaan OctaFX, bagi menyediakan laporan terhadap aktivitinya dan untuk dikongsi bersama perkhidmatan Google yang lain.
Google mungkin menggunakan Data yang dikumpul untuk menyesuaikan iklan yang terdapat dalam rangkaian pengiklanannya.
Data Peribadi yang dikumpul: Kuki dan Data Penggunaan.
Tempat pemprosesan: AS – Polisi Privasi – Tarik Diri
Pengurus Tag Google (Google Inc.)
Pengurus Tag Google merupakan perkhidmatan analisis yang dibekalkan oleh Google Inc.
Data Peribadi yang dikumpul: Kuki dan Data Penggunaan.
Tempat pemprosesan: AS – Polisi Privasi
Penjejakan tukaran Iklan Facebook (Facebook, Inc.)
Penjejakan tukaran Iklan Facebook merupakan perkhidmatan analisis yang dibekalkan oleh Facebook, Inc. yang menghubungkan data daripada rangkaian pengiklanan Facebook dengan tindakan yang dilakukan di OctaFX.
Data Peribadi yang dikumpul: Kuki dan Data Penggunaan.
Tempat pemprosesan: AS – Polisi Privasi
Pelanjutan Pengiklanan Paparan untuk Google Analytics (Google Inc.)
Google Analytics dalam OctaFX mungkin menggunakan Pengiklanan berdasarkan minat Google, data audiens pihak ketiga dan maklumat daripada DoubleClick Cookie untuk melanjutkan analisis dengan demografi, minat dan data interaksi iklan.
Data Peribadi yang dikumpul: Kuki dan Data Penggunaan.
Tempat pemprosesan: AS – Polisi Privasi – Tarik Diri
Menguruskan pembayaran
Perkhidmatan pemprosesan pembayaran membolehkan OctaFX untuk memproses pembayaran melalui kad kredit, pindahan bank atau sebarang kaedah lain. Bagi memastikan keselamatan yang terjamin, OctaFX hanya mengongsikan maklumat yang diperlukan untuk transaksi dilakukan sahaja dengan pengantara kewangan yang menguruskan transaksi tersebut.
Sesetengah daripada perkhidmatan ini mungkin dapat membolehkan penghantaran mesej bermasa kepada Pengguna, seperti e-mel yang mengandungi invois atau pemberitahuan berkenaan pembayaran.
Keselamatan/penyulitan data TLS
OctaFX menggunakan penyulitan Lapisan Sekuriti Pengangkutan (TLS) (juga dikenali sebagai HTTPS) untuk semua data yang dihantar. Semua data dihantar melalui sambungan TLS 1.2 yang disulitkan. Dalam apa-apa jua keadaan, data kad tidak disimpan dalam infrastruktur OctaFX.
Neteller (Paysafe Group PLC)
Neteller merupakan perkhidmatan pembayaran yang dibekalkan oleh Paysafe Group PLC.
Data Peribadi yang dikumpul: pelbagai jenis Data seperti yang ditentukan dalam polisi privasi perkhidmatan.
Tempat pemprosesan: Pulau Man – Polisi Privasi
Skrill (Skrill Ltd.)
Skrill merupakan perkhidmatan pembayaran yang dibekalkan oleh Skrill Ltd.
Data Peribadi yang dikumpul: pelbagai jenis Data seperti yang ditentukan dalam polisi privasi perkhidmatan.
Tempat pemprosesan: UK – Polisi Privasi
Menguruskan kenalan dan menghantar mesej
Jenis perkhidmatan ini membolehkan pengurusan pangkalan data e-mel kenalan, nombor telefon kenalan atau sebarang jenis maklumat kenalan yang lain bagi tujuan komunikasi dengan Pengguna.
Perkhidmatan ini juga mungkin mengumpulkan data yang berkenaan dengan tarikh dan masa mesej dipaparkan oleh Pengguna, serta apabila Pengguna berinteraksi dengannya, seperti dengan mengklik pada pautan yang disertakan dalam mesej.
Mandrill (The Rocket Science Group, LLC.)
Mandrill merupakan perkhidmatan pengurusan alamat e-mel dan mesej yang dibekalkan oleh The Rocket Science Group, LLC.
Data Peribadi yang dikumpul: alamat e-mel dan data Penggunaan.
Tempat pemprosesan: AS – Polisi Privasi
Menghubungi Pengguna
Senarai Penghantaran atau Surat Berita (OctaFX)
Dengan mendaftar pada senarai penghantaran atau surat berita, alamat e-mel Pengguna akan ditambahkan ke dalam senarai kenalan individu yang ingin menerima mesej e-mel yang mengandungi maklumat komersial atau bersifat promosi yang berkaitan dengan OctaFX. Alamat e-mel anda mungkin turut ditambah ke dalam senarai ini setelah anda mendaftar dengan OctaFX atau selepas melakukan pembelian.
Data Peribadi yang dikumpul: alamat, alamat e-mel, nama pertama, nama keluarga dan nombor telefon.
Borang hubungan (OctaFX)
Dengan mengisi borang hubungan dengan Data peribadi, Pengguna memberi keizinan kepada OctaFX untuk menggunakan butiran tersebut untuk membalas permintaan bagi mendapatkan maklumat, sebut harga atau sebarang jenis permintaan lain seperti yang dinyatakan pada pengepala borang.
Data Peribadi yang dikumpul: alamat, negara, tarikh lahir, alamat e-mel, nama pertama, jantina, nama keluarga, nombor telefon dan poskod.
Dengan mendaftar dengan OctaFX menggunakan alamat e-mel anda, anda dengan ini bersetuju untuk menerima komunikasi pemasaran melalui:
Mel dalaman Terminal Klien;
E-mel;
Telefon;
Sembang Langsung Syarikat;
SMS;
Pemberitahuan tolak mudah alih;
Pemberitahuan tolak web;
Perkhidmatan penghantar mesej segera (Viber, Telegram, Facebook Messenger, dsb.);
Interaksi dengan platform sembang langsung
Perkhidmatan ini membolehkan Pengguna untuk berinteraksi dengan platform sembang langsung pihak ketiga secara langsung dari halaman OctaFX, untuk menghubungi dan dihubungi oleh perkhidmatan sokongan OctaFX.
Sekiranya salah satu daripada perkhidmatan ini dipasang, Pengumpulan Data mungkin dilakukan dalam halaman di mana perkhidmatan tersebut dipasang, walaupun semasa Pengguna tidak menggunakannya secara aktif. Selain itu, perbualan sembang langsung mungkin dilog.
Widget Zopim (Zopim Technologies Pte Ltd)
Widget Zopim merupakan perkhidmatan untuk berinteraksi dengan platform sembang langsung Zopim yang dibekalkan oleh Zopim Technologies Pte Ltd.
Data Peribadi yang dikumpul: Kuki dan Data Penggunaan.
Tempat pemprosesan: Singapura – Polisi Privasi
Pemasaran Semula dan Sasaran Tingkah Laku
Perkhidmatan jenis ini membenarkan OctaFX dan rakan kongsinya untuk memberikan maklumat, mengoptimumkan serta menyediakan pengiklanan berdasarkan penggunaan OctaFX terdahulu oleh Pengguna berkenaan.
Aktiviti ini dilakukan dengan menjejaki Data Penggunaan dan dengan menggunakan Kuki, maklumat yang dipindahkan kepada rakan kongsi yang menguruskan pemasaran semula dan aktiviti sasaran tingkah laku.
Pemasaran Semula melalui Google Analytics untuk Pengiklanan Paparan (Google Inc.)
Google Analytics untuk Pengiklanan Paparan merupakan perkhidmatan Pemasaran Semula dan Sasaran Tingkah Laku yang dibekalkan oleh Google Inc. yang menghubungkan aktiviti penjejakan yang dilakukan oleh Google Analytics dan Kukinya dengan rangkaian pengiklanan Adwords dan Doubleclick Cookie.
Data Peribadi yang dikumpul: Kuki dan Data Penggunaan.
Tempat pemprosesan: AS – Polisi Privasi – Tarik Diri
Pemasaran Semula Facebook (Facebook, Inc.)
Pemasaran Semula Facebook merupakan perkhidmatan Pemasaran Semula dan Sasaran Tingkah Laku yang dibekalkan oleh Facebook, Inc. yang menghubungkan aktiviti OctaFX dengan rangkaian pengiklanan Facebook.
Data Peribadi yang dikumpul: Kuki dan Data Penggunaan.
Tempat pemprosesan: AS – Polisi Privasi – Tarik Diri
Pemasaran Semula Twitter (Twitter, Inc.)
Pemasaran Semula Twitter merupakan perkhidmatan Pemasaran Semula dan Sasaran Tingkah Laku yang dibekalkan oleh Twitter, Inc. yang menghubungkan aktiviti OctaFX dengan rangkaian pengiklanan Twitter.
Data Peribadi yang dikumpul: Kuki dan Data Penggunaan.
Tempat pemprosesan: AS – Polisi Privasi – Tarik Diri
Audiens Tersuai Facebook (Facebook, Inc.)
Audiens Tersuai Facebook merupakan perkhidmatan Pemasaran Semula dan Sasaran Tingkah Laku yang dibekalkan oleh Facebook, Inc. yang menghubungkan aktiviti OctaFX dengan rangkaian pengiklanan Facebook.
Data Peribadi yang dikumpul: Kuki dan alamat e-mel.
Tempat pemprosesan: AS – Polisi Privasi – Tarik Diri
Audiens Tersuai Twitter (Twitter, Inc.)
Audiens Tersuai Twitter merupakan perkhidmatan Pemasaran Semula dan Sasaran Tingkah Laku yang dibekalkan oleh Twitter, Inc. yang menghubungkan aktiviti OctaFX dengan rangkaian pengiklanan Twitter.
Data Peribadi yang dikumpul: Kuki dan alamat e-mel.
Tempat pemprosesan: AS – Polisi Privasi – Tarik Diri
Maklumat tambahan mengenai pengumpulan dan pemprosesan Data
Tindakan undang-undang
Data Peribadi Pengguna boleh digunakan untuk tujuan perundangan oleh Pengawal Data, di Mahkamah atau pada tahap yang membawa kepada sebarang tindakan undang-undang yang berlaku akibat daripada penggunaan yang tidak betul terhadap OctaFX atau perkhidmatan yang berkaitan dengannya.
Pengguna mengaku untuk menyedari bahawa Pengawal Data mungkin perlu mendedahkan data peribadi atas permintaan pihak berkuasa.
Maklumat tambahan mengenai Data Peribadi Pengguna
Sebagai tambahan kepada maklumat yang terkandung di dalam polisi privasi ini, OctaFX mungkin membekalkan Pengguna dengan maklumat tambahan dan kontekstual berkenaan perkhidmatan tertentu atau pengumpulan dan pemprosesan Data Peribadi atas permintaan.
Log dan Penyelenggaraan Sistem
Bagi tujuan operasi dan penyelenggaraan, OctaFX dan sebarang perkhidmatan pihak ketiga mungkin mengumpulkan fail yang merakam interaksi dengan OctaFX (Log Sistem) atau menggunakannya Data Peribadi lain (seperti Alamat IP) bagi tujuan ini.
Maklumat tidak terkandung dalam polisi ini
Butiran lanjut mengenai pengumpulan atau pemprosesan Data Peribadi mungkin diminta daripada Pengawal Data pada bila-bila masa. Sila rujuk maklumat kenalan pada bahagian hadapan dokumen ini.
Hak Pengguna
Pengguna berhak, pada bila-bila masa, untuk mengetahui sama ada Data Peribadi mereka telah disimpan dan boleh berunding dengan Pengawal Data untuk mengetahui kandungan dan asal usulnya, untuk mengesahkan ketepatannya atau untuk meminta supaya ditambahkan, dibatalkan, dikemas kini atau diperbetulkan, atau untuk ditukarkan kepada sebarang format lain atau untuk menyekat sebarang data yang disabitkan kesalahan, serta untuk menentang perlakuan mereka atau bagi sebarang dan semua alasan yang sah. Permintaan perlu dihantar kepada Pengawal Data melalui maklumat kenalan yang dinyatakan di atas.
OctaFX tidak menyokong permintaan "Jangan Jejak".
Untuk menentukan sama ada sebarang perkhidmatan pihak ketiga yang digunakan menyokong permintaan "Jangan Jejak" atau tidak, sila baca polisi privasi mereka.
Perubahan terhadap polisi privasi ini
Pengawal Data berhak untuk melakukan perubahan terhadap polisi privasi ini pada bila-bila masa dengan memberikan pemberitahuan kepada Penggunanya pada halaman ini. Anda disarankan supaya sentiasa menyemak halaman ini dengan kerap, dengan merujuk kepada tarikh pengubahsuaian terakhir yang disenaraikan pada bahagian bawah halaman. Sekiranya Pengguna menentang sebarang perubahan terhadap Polisi yang dilakukan, Pengguna perlu berhenti menggunakan OctaFX dan boleh meminta Pengawal Data untuk mengalih keluar Data Peribadinya. Melainkan dinyatakan sebaliknya, privasi polisi yang dikemas kini berkenaan adalah terpakai kepada semua Data Peribadi Pengguna yang dimiliki oleh Pengawal Data.
Takrifan dan rujukan undang-undang
Data Peribadi (atau Data)
Sebarang maklumat berkaitan dengan individu sebenar, individu sah, institusi atau pertubuhan, yang merupakan, atau boleh, dikenalpasti, malah secara langsung, melalui rujukan kepada sebarang maklumat lain, termasuklah nombor pengenalan diri peribadi.
Data Penggunaan
Maklumat yang dikumpul secara automatik oleh OctaFX (atau perkhidmatan pihak ketiga yang terdapat di dalam OctaFX), yang mungkin termasuk: alamat IP atau nama domain komputer yang digunakan oleh Pengguna yang menggunakan OctaFX, alamat URL (Pengenalpasti Sumber Seragam), masa permintaan, kaedah yang digunakan untuk menghantar permintaan kepada pelayan, saiz fail yang diterima melalui tindak balas, kod bernombor yang menandakan status jawapan pelayan (keputusan berjaya, ralat, dll.), negara asal, ciri-ciri pelayar dan sistem operasi yang digunakan oleh Pengguna, pelbagai butiran masa bagi setiap lawatan (cth. masa yang diluangkan pada setiap halaman dalam Aplikasi) dan butiran mengenai laluan yang diikuti dalam Aplikasi dengan rujukan khas kepada turutan halaman yang dilawan, dan parameter lain mengenai sistem operasi peranti dan/atau persekitaran IT Pengguna.
Pengguna
Individu yang menggunakan OctaFX, yang mesti seiringan dengan atau diizinkan oleh Subjek Data, kepada sesiapa sahaja Data Peribadi dirujukkan.
Subjek Data
Individu sah atau sebenar yang menjadi rujukan kepada Data Peribadi.
Pemproses Data (atau Penyelia Data)
Individu sebenar, individu sah, pentadbiran awam atau sebarang badan lain, pertubuhan atau organisasi yang diizinkan oleh Pengawal Data untuk memproses Data Peribadi dengan kepatuhan terhadap polisi privasi ini.
Pengawal Data (atau Pemilik)
Individu sebenar, individu sah, pentadbiran awam atau sebarang badan yang lain, pertubuhan atau organisasi dengan hak, serta secara bersama dengan Pengawal Data lain, untuk melakukan keputusan berkenaan tujuan, dan kaedah pemprosesan Data Peribadi dan cara yang digunakan, termasuklah langkah-langkah keselamatan berkenaan dengan operasi dan penggunaan OctaFX. Pengawal Data, melainkan dinyatakan sebaliknya, merupakan Pemilik OctaFX.
OctaFX
Alat perkakasan atau perisian yang dikumpul melalui Data Peribadi Pengguna.
Kuki
Bahagian kecil data yang disimpan dalam peranti Pengguna.
Maklumat undang-undang
Notis kepada Pengguna Eropah: penyata privasi ini telah disediakan bagi memenuhi keperluannya di bawah Art. 10 dalam Arahan EC n. 95/46/EC, dan di bawah kelolaan Arahan 2002/58/EC, seperti yang disemak semula melalui Arahan 2009/136/EC, di bawah subjek Kuki.
Polisi privasi ini mempunyai kaitan penuh dengan OctaFX.