Terma dan Syarat pertandingan IB
1. Gambaran Keseluruhan
1.1. Octa Markets Incorporated (kemudian daripada ini—‘Syarikat’) mengadakan Pertandingan IB (kemudian daripada ini—‘Pertandingan’) untuk pelanggan yang mendaftar di laman web OctaFX (kemudian daripada ini—‘Laman Web’) sebagai Broker Pencadang dari Malaysia (kemudian daripada ini—‘Rakan Kongsi’).
1.2. Pertandingan ini bermula pada 8 Mac 2021 (12 tengah hari EEST) (kemudian daripada ini—’Tarikh Mula’) dan berakhir pada 30 April 2021 (11.59 malam EEST).
1.3. Hadiah Pertandingan ialah:
1.3.1. Kereta Honda Civic
1.3.2. Motosikal Honda CBR500R
1.3.3. MacBook Pro
1.3.4. iPhone 12
1.3.5. Apple Watch Siri 6.
1.4. Pendaftaran untuk Pertandingan ini berakhir pada 24 April 2021 (11.59 malam EEST).
1.5. Halaman rasmi Pertandingan ini (kemudian daripada ini—‘Halaman Pertandingan’) disiarkan di https://www.octafx.com/ib/ib-contest-malaysia/
2. Penyertaan
2.1. Untuk layak menyertai Pertandingan ini, Rakan Kongsi mesti menekan butang ‘Sertai’ pada Halaman Pertandingan.
2.2. Masa dari detik Rakan Kongsi menekan butang ‘Sertai’ pada Halaman Pertandingan hingga tarikh tamat Pertandingan dipanggil sebagai Masa Penyertaan.
2.3. Pekerja atau individu yang menerima gaji daripada Syarikat adalah tidak layak untuk menyertai Pertandingan ini.
3. Mengira keputusan
3.1. Formula yang digunakan untuk menentukan pemenang Pertandingan ini adalah seperti yang berikut: deposit bersih (deposit ditolak dengan pengeluaran), dibahagikan dengan 20, ditambah dengan bilangan lot yang didagangkan oleh rujukan Rakan Kongsi pada perkhidmatan Syarikat, yang akan menghasilkan mata keseluruhan Rakan Kongsi (selepas ini disebut sebagai—'Mata’.
3.2. Sekiranya Rakan Kongsi mendaftar dalam Pertandingan ini sebelum Tarikh Mula, mata dikumpulkan bagi tujuan Pertandingan ini dari Tarikh Mula hingga berakhirnya Pertandingan.
3.2.1. Sekiranya Rakan Kongsi mendaftar dalam Pertandingan ini sebelum Tarikh Mula, mata dikumpulkan bagi tujuan Pertandingan ini dari detik rakan kongsi tersebut menekan ‘Sertai’ pada Halaman Pertandingan hingga berakhirnya Pertandingan.
3.3. Volum yang didagangkan oleh Rakan Kongsi pada akaun dagangan mereka dan deposit mereka tidak dikira bagi tujuan Pertandingan ini.
3.4. Volum yang dikira sebagai komisen tahap kedua (komisen Master IB) tidak dikira bagi tujuan Pertandingan ini.
3.5. Volum yang dihasilkan oleh rujukan Rakan Kongsi sebagai Penyalin dalam perkhidmatan OctaFX Copytrading tidak dikira bagi tujuan Pertandingan ini.
3.6. Hanya deposit bersih dan volum dagangan yang dibuka dan dibuat selepas detik Rakan Kongsi mendaftar untuk Pertandingan ini dan ditutup sebelum masa tamat Pertandingan ini dikira bagi tujuan Pertandingan ini.
3.7. Hanya volum bagi Pesanan Sah dikira bagi tujuan Pertandingan ini.
3.7.1. Pesanan Sah ialah pesanan yang Rakan Kongsi terima komisen. Pesanan dianggap sebagai Pesanan Sah jika pesanan berlangsung selama 180 saat atau lebih lama, mempunyai sekurang-kurangnya 30 mata (3 pip) perbezaan antara harga buka dan harga tutup, serta tidak ditutup dengan cara penutupan Separa atau Berbilang.
4. Pemenang dan hadiah
4.1. Tiada syarat kelayakan yang khusus bagi penyertaan, hanya lakukan tindakan menekan butang ‘Sertai’ pada halaman Pertandingan.
4.2. Hadiah peringkat pertama ialah sebuah kereta Honda Civic baru.
4.2.1. Konfigurasi warna dan kereta yang ditunjukkan pada bahan promosi Pertandingan mungkin berbeza daripada produk sebenar.
4.2.2. Sekiranya kereta hadiah tiada di rantau anda, Syarikat berhak menggantikan hadiah peringkat pertama dengan kenderaan yang mempunyai harga yang sama.
4.2.3. Rakan kongsi yang mengumpulkan mata keseluruhan paling tinggi menjelang tamatnya Pertandingan ini akan memenangi hadiah peringkat pertama.
4.3. Hadiah peringkat kedua ialah sebuah motosikal Honda CBR500R baru.
4.3.1. Rakan kongsi yang mengumpulkan mata keseluruhan kedua tertinggi menjelang tamatnya Pertandingan ini akan memenangi hadiah peringkat kedua.
4.3.2. Konfigurasi warna dan kenderaan yang ditunjukkan pada bahan promosi Pertandingan mungkin berbeza daripada produk sebenar.
4.3.3. Sekiranya kenderaan hadiah tiada di rantau anda, Syarikat berhak menggantikan hadiah peringkat kedua dengan kenderaan yang mempunyai harga yang sama.
4.4. Hadiah peringkat ketiga ialah sebuah MacBook Pro baru.
4.4.1. Rakan kongsi yang mengumpulkan mata keseluruhan ketiga tertinggi menjelang tamatnya Pertandingan ini akan memenangi hadiah peringkat ketiga.
4.5. Hadiah peringkat keempat ialah sebuah iPhone 12 baru.
4.5.1. Rakan Kongsi yang mengumpulkan Mata keseluruhan keempat tertinggi menjelang tamatnya Pertandingan ini akan memenangi hadiah peringkat keempat.
4.6. Hadiah peringkat kelima ialah sebuah Apple Watch Siri 6 baru.
4.6.1. Rakan Kongsi yang mengumpulkan Mata keseluruhan kelima tertinggi menjelang tamatnya Pertandingan ini akan memenangi hadiah peringkat kelima.
4.7. Nama pertama atau nama panggilan pemenang disiarkan di Laman Web dalam tempoh 15 hari selepas tarikh tamat Pertandingan.
4.8. Pengurus peribadi pemenang menghubungi mereka dalam tempoh tujuh hari perniagaan selepas tarikh tamat Pertandingan untuk mengatur masa dan tempat hadiah akan disampaikan.
4.9. Pemenang perlu memberikan dokumen asal yang dikeluarkan oleh badan kerajaan. Dokumen mestilah sah pada tarikh tamat Pertandingan dan perlu mengandungi nombor siri, gambar pemenang dan tarikh lahir pemenang.
4.10. Sekiranya pemenang tidak dapat menerima hadiah tersebut, perjanjian amanah boleh dikuatkuasakan untuk orang lain melalui surat kuasa wakil.
4.11. Jika hadiah tidak boleh didapati di negara pemenang atas sebarang sebab, Syarikat berhak menukar hadiah kepada produk lain dengan jenis yang sama dan harga yang serupa.
5. Pelbagai
5.1. Syarikat akan menjalankan pemeriksaan latar belakang terhadap pemenang, kesahan mereka, kesahan maklumat dan kemungkinan pelanggaran. Sekiranya sebarang isu dikesan, Syarikat berhak membatalkan keputusan Pertandingan.
5.2. Syarikat berhak mengubah terma dan syarat promosi tanpa notis awal.
5.3. Syarikat tidak bertanggungjawab terhadap pincang tugas teknikal dan/atau gangguan dalam sambungan Internet di pihak pelanggan atau perkhidmatan pihak ketiga, yang boleh secara langsung atau tidak langsung menjejaskan penyertaan peserta dalam Pertandingan ini.
5.4. Syarikat tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kelewatan atau gangguan operasi perkhidmatan atau penghantaran data, atau kegagalan prestasi dalam sistem OctaFX, tanpa mengambil kira sebabnya, termasuk tetapi tidak terhad kepada pincang tugas perkakasan atau perisian, atau gangguan dalam operasi sistem OctaFX.
5.5. Sebarang pertikaian yang timbul daripada Pertandingan ini dan keputusannya adalah tertakluk pada penyelesaian melalui perundingan.
5.6. Versi bahasa Inggeris dokumen ini mengatasi versi lain. Sebarang terjemahan dokumen ini, halaman Pertandingan dan statistik hanyalah sebagai rujukan. Sekiranya berlaku sebarang percanggahan antara Bahasa Inggeris dan versi lain bahan ini, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi versi yang lain.
5.7 Syarikat berhak membatalkan kelayakan peserta berdasarkan budi bicara mutlak mereka.
5.8. Pemenang berjanji untuk menyertai majlis anugerah dan mana-mana acara PR yang berkaitan dengan Pertandingan ini. Bahan yang dikumpulkan mungkin digunakan oleh Syarikat atas budi bicara mereka.
5.9. Syarikat membenarkan pemenang mendapatkan Hadiah Utama di wakil jualan kereta terdekat di tempat kereta yang khusus atau serupa boleh didapati.
5.10. Syarikat tidak bertanggungjawab terhadap syarat penghantaran melalui pos atau perkhidmatan kurier, atau terhadap kemungkinan kehilangan hadiah semasa penghantaran yang disebabkan oleh pihak ketiga.
5.11. Syarikat tidak bertanggungjawab terhadap sebarang caj cukai yang mungkin ditanggung oleh pemenang di bidang kuasa mereka (termasuk tetapi tidak terhad kepada cukai harta, cukai kenderaan, cukai jalan dan bayaran lain).