Akaun Demo Forex Percuma
Belajar forex secara bebas risiko sepenuhnya
Pasaran Forex menawarkan peluang menarik kepada pedagang, tetapi masih melibatkan risiko yang tinggi. Itulah sebabnya sebelum anda menyelami dunia dagangan Forex dengan akaun sebenar, penting untuk anda membuka akaun demo Forex yang bebas risiko terlebih dahulu. Akaun Demo OctaFX membekalkan pengalaman dagangan Forex sebagai akaun sebenar, satu-satunya perbezaan adalah dana yang digunakan merupakan dana simulasi dalam akaun demo Forex. Anda tidak perlu mendagangkan wang sebenar, jadi kemenangan dan kerugian anda juga bukan yang sebenar.
Tanpa Had dan PERCUMA
Akses Akaun Demo Tanpa Deposit atau Kredit Diperlukan
Akaun Demo Forex OctaFX secara asasnya ialah akaun latihan. Anda hanya perlu mendaftar dan mencipta akaun dengan beberapa klik untuk bermula. Melalui akaun ini, anda boleh menyesuaikan diri dengan pelbagai ciri platform dagangan Forex dan memahami tentang dinamik pasaran Forex sebelum menggunakan dana sebenar. Membuat latihan dengan dolar demo tanpa had membantu anda memahami cara melaksanakan dagangan dan juga pendedahan risiko anda dengan lebih baik. Akaun ini memberi anda semua ciri akaun sebenar dan membolehkan anda :
- Menggunakannya secara percuma sepenuhnya: Uji strategi dagangan anda dan bot untuk scalping, dan laksanakan dagangan sebanyak mungkin tanpa sebarang risiko
- Berdagang dengan wang maya: Walaupun ia merupakan simulasi dagangan, kami masih lagi membekalkan anda dengan isyarat secara percuma
- Terokai semua ciri-ciri platform dagangan: Ketahui cara untuk membaca carta dan menggunakan objek grafik, tahap, penarikan Fibonacci dan banyak lagi
- Eksperimen pelbagai jenis perintah yang berlainan
Tanpa Had dan PERCUMA
Berlatih Mengikut Kemampuan Anda
Kami faham bahawa pedagang baru memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan perincian alat dan pasaran dan kami mengetahui sangat penting untuk menyediakan akaun demo kepada mereka yang ingin belajar; prestasi pedagang baru yang tidak berpengalaman mungkin jauh daripada jangkaan tanpa membuat latihan terlebih dahulu. Bagi pedagang berpengalaman yang ingin membuat ujian ke hadapan atau ujian ke belakang bagi strategi mereka dan melatih kemahiran dagangan mereka, akaun demo kami menyediakan lebih banyak manfaat, baki tanpa had dan sokongan penuh bagi pelbagai robot dagangan. Uji strategi mengikut trend, penembusan, momentum dan strategi lain dalam usaha anda untuk menghasilkan rancangan dagangan yang terbaik.


Syarat Pasaran Sebenar
Walaupun Akaun Demo OctaFX tidak melibatkan wang sebenar, dagangan dilakukan dengan data dan pasaran dan memberikan simulasi syarat dagangan sebenar. Anda akan melihat isyarat dagangan, carta dan aset dagangan sebenar yang sememangnya percuma untuk digunakan!
Akses kepada MT4 dan MT5
- MetaTrader 4
- MetaTrader 5
- Web Trader
- Desktop
- Android
- iOS
-
Platform web Metatrader 4
Platform web MT4 membolehkan anda berdagang daripada mana-mana pelayar menggunakan mana-mana sistem pengendalian dengan antara muka platform desktop yang diketahui ramai. Semua alat utama tersedia termasuk dagangan satu klik dan dagangan carta.
-
Metatrader 4 Desktop
MetaTrader 4 sangat boleh disesuaikan. Platform ini mengandungi alat carta, penunjuk pasaran, skrip dan EA, pengurusan risiko lanjutan, pelaksanaan pasaran masa nyata dan banyak lagi.
-
Metatrader 4 Android
Nikmati set lengkap pesanan dagangan, sejarah perdagangan, carta interaktif dan pelbagai pilihan peranti yang disokong – semuanya terkandung dalam MetaTrader 4 untuk Android. Walau di mana sahaja anda berada dan apa sahaja yang anda lakukan, Forex akan sentiasa berada bersama anda!
-
Metatrader 4 iOS
Perisian perdagangan yang paling tersebar luas di dunia kini tersedia untuk iPhone/iPad anda. Log masuk ke akaun anda dan berdagang dari mana-mana jua di dunia dengan peranti iOS anda. Anda boleh mengakses kewangan dengan mudah pada bila-bila masa secara percuma.
- Web Trader
- Desktop
- Android
- iOS
-
Platform web Metatrader 5
Berdagang Forex dan CFD dengan platform web MetaTrader 5 tanpa memasang atau memuat turun apa-apa aplikasi perisian. Anda boleh berdagang dalam pasaran Forex dengan mana-mana pelayar dan sistem pengendalian melalui sambungan Internet. Akses akaun dagangan anda dengan platform web MetaTrader 5 sekarang.
-
Metatrader 5 Desktop
Muat turun MetaTrader 5 dan mula berdagang Forex dan CFD menggunakan fungsian yang hebat, analisis pasaran teknikal dan fundamental, ciri salin dagangan dan dagangan automatik yang digabungkan dalam platform ini. Versi ini menawarkan pelbagai jenis pesanan dan mod pelaksanaan.
-
Metatrader 5 Android
Muat turun MetaTrader 5 pada telefon atau tablet Android anda dan berdagang mata wang dengan CFD. MetaTrader 5 tersedia untuk Android, membolehkan anda berdagang dan menyemak akaun anda dari mana-mana sahaja. Anda boleh mengakses ciri utama platform menggunakan telefon pintar atau tablet anda.
-
Metatrader 5 iOS
Platform MetaTrader 5 yang baru ini menawarkan dagangan dalam talian mudah alih dalam pasaran Forex. Berdagang Forex dan CFD secara terus daripada iPhone dan iPad! Aplikasi baru ini membolehkan anda menyambung ke pelayan OctaFX, menerima sebut harga mata wang, menganalisis pasaran kewangan menggunakan carta dan penunjuk teknikal, berdagang dan melihat sejarah operasi dagangan anda.

Sesuai untuk Ujian Strategi Dagangan
Akaun demo Forex bukan sahaja disediakan untuk anda mempelajari asas dagangan. Ia turut membantu pedagang untuk menguji strategi terhebat. Sebagai contoh, pedagang boleh berlatih scalping, yang melibatkan tindakan pengenalpastian perubahan harga kecil dan mengambil untung sebaik sahaja dagangan kelihatan menguntungkan. Strategi dagangan automatik menggunakan EA lanjutan diperlukan untuk memantau ketidakstabilan dalam kalangan matawang yang berbeza secara berterusan. Malah, strategi yang memerlukan alat secara intensif serta disiplin dagangan yang tinggi boleh dilakukan pada akaun demo.
Cara untuk memulakan Dagangan Forex dalam empat langkah mudahBelajar daripada Pertandingan Demo dan Menangi Hadiah Menarik
Untuk menjadikan langkah pembelajaran anda lebih bermakna, kami telah membangunkan beberapa pertandingan demo yang dapat membolehkan anda untuk menjana wang tunai SEBENAR. Anda boleh menggunakan scalping, dagangan automatik atau tunjukkan kemahiran terbaru anda untuk mengejar hadiah pertama.
-
Pertandingan Demo Champion
Pertandingan Demo Juara OctaFX: Berlatih berdagang pada akaun demo anda dan menangi hadiah sebenar! Pertandingan demo OctaFX yang telah kian lama kini berlangsung selama sebulan dengan tawaran dana hadiah $1,000. Hadiah yang ditawarkan bagi tempat pertama, kedua dan ketiga masing-masing merupakan $500, $300 dan $100. Daftar untuk akaun demo untuk peluang menjadi pemenang. Semua strategi dagangan dan EA boleh digunakan dalam pertandingan ini.Daftar untuk Pertandingan Demo Champion -
OctaFX Pertandingan Demo
cTrader WeeklyBerdagang menggunakan akaun demo cTrader anda dan dapatkan peluang untuk memenangi hadiah OctaFX. Pertandingan ini berlangsung selama seminggu—dari pembukaan pasaran hari Isnin hingga penutupan dagangan hari Jumaat—dan menyediakan hadiah dagangan sebanyak $400.Daftar untuk Pertandingan Demo Juara cTrader
Tanpa Had dan PERCUMA
Teruskan kepada dagangan sebenar
Bahagian runcit bagi pasaran Forex adalah tentang menghasilkan untung. Apabila anda rasa anda sudah mempunyai pengalaman yang mencukupi dalam dagangan di akaun demo dan apabila anda menghasilkan keuntungan yang stabil dari sesi ke sesi, kami mengesyorkan anda teruskan untuk menjana wang sebenar pada akaun dagangan sebenar.