OctaFX | OctaFX Forex Broker
Buka akaun dagangan
Back 3 minit baca

Cara memulakan dagangan dengan 4 langkah mudah

1. Buka akaun dengan OctaFX

Dengan akaun OctaFX, anda boleh mengakses pasaran tukaran asing dan mula berdagang. Selepas anda mendaftar, anda akan menerima e-mel dengan butiran log masuk Ruangan Peribadi anda, kelayakan akaun dagangan, dan semua arahan penting. Anda perlu melog masuk ke Ruangan Peribadi anda untuk menguruskan dana, mendapat bonus, dan mengambil bahagian dalam promosi kami. Kelayakan akaun dagangan digunakan untuk mengakses platform dagangan itu sendiri.

2. Lakukan deposit

Log masuk ke Ruangan Peribadi untuk melakukan deposit tanpa sebarang komisyen. Di OctaFX, anda boleh mula berdagang dengan minimum $5. Deposit minimum ini berbeza mengikut kawasan dan kaedah pembayaran anda.

Mengikut Asas Pengurusan Risiko, lebih banyak dana yang anda miliki, anda terdedah kepada risiko yang lebih rendah.

3. Daftar masuk ke platform berasaskan web

Platform berasaskan web tidak memerlukan sebarang pemasangan dan membolehkan anda berdagang dari mana-mana peranti pada bila-bila masa. Selain itu, anda boleh memuat turun versi desktop, atau Aplikasi Dagangan OctaFX untuk peranti Android anda. Anda boleh membandingkan platform dan memilih yang terbaik

4. Mula berdagang

Membuka pesanan

 

Untuk membuka pesanan, anda hanya perlu memilih volum kedudukan anda dan tekan Beli atau Jual.

Pada asasnya, anda membuka pesanan Beli jika anda menjangkakan bahawa harga akan menaik dan membuka pesanan Jual jika anda menjangkakan bahawa harga akan jatuh. Ini bermakna bahawa anda membeli amaun tertentu pada harga yang lebih rendah sekarang untuk menjualnya kembali pada harga yang lebih tinggi kemudian dan mendapat keuntungan daripada perbezaan harga.

Arah harga. Perintah Beli - Jual

Tetapkan leveraj

Leveraj mengurangkan keperluan marginal, amaun yang diperlukan untuk mengekalkan kedudukan tertentu, dan membantu anda membuka pesanan dengan volum yang lebih besar berbanding baki anda akan membolehkan sebaliknya. Adalah penting untuk diingat bahawa, lebih tinggi volum pesanan anda, lebih banyak keuntungan dan kerugian anda untuk setiap pip.

Katakan bahawa, anda mempunyai akaun dagangan dengan 500 USD dan leveraj 1:500 dikenakan. Anda memilih untuk membuka kedudukan untuk 1 lot (100,000 unit) bagi EUR/USD, apabila harga berada pada 1.13415. Margin yang diperlukan untuk kedudukan ini ialah 223.83 USD, hampir separuh daripada dana anda. Setiap gerakan pip adalah bernilai 10 USD. Oleh itu, harga hanya perlu jatuh kepada 1.13145 untuk anda kerugian hampir semula wang anda di dalam akaun anda. Jika anda membuka kedudukan untuk 0.5 lot, setiap pip hanya akan berkos 5 USD. Dalam situasi ini, jika harga jatuh kepada 1.13145, kerugian anda adalah sebanyak 135 USD.

Ini harus dipertimbangkan apabila mengambil keputusan dalam berdagang dan menilai potensi risiko kerugian turun naik harga.

Meramal gerakan harga

Sebagai pedagang baru, anda boleh menjejak arah umum harga pada carta dan membuka pesanan Beli apabila ia menaik atau pesanan Jual apabila ia menurun. Ini mungkin tidak menjamin keuntungan setiap kali, walau bagaimanapun, ia adalah permulaan yang baik untuk membina strategi anda.

Ramalan trend - Trend Ke Atas - Trend Ke Bawah - Trend Sisi

Jika anda tiada pengalaman, adalah lebih baik untuk mengelakkan daripada berdagang ketika keluaran berita besar, kerana pasaran cenderung untuk menjadi lebih berketaktentuan. Dua lagi kaedah lanjutan ramalan harga adalah analisis teknikal  dan analisis asas. Teknik pengurusan risiko juga ternyata bermanfaat dalam mengurangkan kerugian.

Jana keuntungan

Terdapat banyak strategi yang membolehkan anda menjana keuntungan dari turun naik harga mata wang, contohnya, scalping, martingale, hedging, dagangan berita, dan banyak lagi. Baca artikel kami untuk mendapatkan penerangan lanjut tentang strategi paling biasa digunakan dan pilih yang terbaik untuk anda.

Tutup pesanan

Keuntungan pesanan anda akan turun naik bergantung kepada harga pasaran semasa sehingga anda menutupnya. Jika anda rasakan anda sudah mencapai keuntungan besar, buka tab Dagang pada platform, cari kedudukan yang terbuka, tekan padanya untuk membuka menu konteks, dan pilih Tutup pesanan.

Sebelum anda bermula

Terdapat konsep dan terma tertentu yang mesti difahami dengan jelas. Kami telah menerangkannya di dalam artikel Cara untuk Berdagang Forex. Anda juga boleh meneroka Bahagian Pendidikan. Ia akan membantu anda meluaskan pengetahuan anda mengenai pasaran secara umumnya dan perkhidmatan kami secara khususnya. Jika anda ingin berlatih dengan dana maya sebelum bertukar kepada dagangan sebenar, anda boleh membuka akaun demo OctaFX.

Start livechat