OctaFX | OctaFX Forex Broker
Buka akaun dagangan

Memuatkan…

Sertai pemenang utama kami!

12 lagi kereta sedang menanti, dan anda boleh memenangi satu daripadanya setiap tiga bulan dalam tiga lagi cubaan.

Indonesia Indonesia
Malaysia Malaysia
Cara untuk menang

Cara untuk menang

Buat keuntungan yang setinggi mungkin dan berdagang volum dengan nisbah untung/rugi yang terbaik.

Perhatikan kedudukan anda—lebih dekat anda dengan kedudukan teratas dalam tiga kategori ini, lebih tinggi peluang anda untuk menang.

When the drop arrives, those whose overall rank is the highest take the prizes.

Cara penyertaan

  • 1
    Mula buka akaun baru—MetaTrader 4—dan tandakan bahawa anda ingin menjadikannya sebagai akaun pertandingan anda. Atau tandakan akaun yang anda sudah ada sebagai akaun pertandingan dalam senarai akaun anda.
  • 2
    Pastikan ekuiti pada akaun pertandingan anda, tidak termasuk bonus, bernilai USD 50 dan ke atas untuk melayakkan diri dalam edaran hadiah berikutnya. Jika anda tidak mempunyai dana yang mencukupi, lakukan deposit.
  • 3
    Mula berdagang sekarang atau tunggu edaran seterusnya.

Berdagang dengan segera atau tunggu sehingga edaran berikutnya.

Jadilah pemenang terhandal dan rebut salah satu daripada 16 kenderaan serba baru
x4
Jadilah pemenang terhandal dan rebut salah satu daripada 16 kenderaan serba baru
Volkswagen T-ROC
x8
Volkswagen T-ROC
Honda Civic
x4
Honda Civic

Memuatkan…

Memuatkan…

Peraturan pertandingan 16 Kereta OctaFX

Pengenalan

OctaFX memperkenalkan sebuah pertandingan sebenar baru. Kami telah meningkatkan bilangan hadiah serta peluang kemenangan anda. Hadiah pertandingan ini termasuk: 16 kereta berjenama hebat yang serba baru, 36 komputer riba MacBook Air, 36 telefon pintar dan 36 jam tangan pintar. Daftar untuk pertandingan ini, bersiap sedia untuk akaun pertandingan dan berdagang untuk menjadi pemenang!

Gambaran Keseluruhan

  • Tempoh pertandingan: 12 bulan
  • Tarikh mula: 17 Ogos 2020
  • Tarikh akhir: 16 Ogos 2021
  • Kekerapan edaran hadiah: setiap 3 bulan
  • Bilangan edaran hadiah: 4 edaran hadiah
  • Nama pertandingan ini ialah ‘16 Kereta OctaFX’. Ia diuruskan oleh Octa Markets Incorporated.

Keperluan penyertaan

Hanya individu berusia sah di sisi undang-undang (18 tahun ke atas) sahaja boleh mengambil bahagian dalam Pertandingan ini.

Mana-mana individu (selepas ini—‘Peserta’) perlu mempunyai akaun sebenar OctaFX untuk mengambil bahagian dalam Pertandingan ini.

Peserta perlu mendaftar masuk akaun MetaTrader 4 sebenar yang baru atau sedia ada untuk penyertaan Pertandingan ini.

Peserta perlu mempunyai sekurang-kurangnya USD 50 atau EUR 50 (bergantung pada mata wang akaun) dalam akaun masing-masing (tidak termasuk dana bonus) atau deposit jumlah ini ke dalam akaun (wang ini boleh dikeluarkan sepenuhnya), serta membuka sekurang-kurangnya satu dagangan untuk mula bersaing mendapatkan hadiah bagi edaran hadiah terdekat yang akan diumumkan di kawasan Peserta.

Akaun sebenar yang mematuhi keperluan (selepas ini—‘Akaun Pertandingan’) dianggap sebagai mengambil bahagian dalam Pertandingan dan akan dinilai bermula daripada waktu ia didaftar masuk untuk Pertandingan. Ini bermakna hanya perintah yang dibuka dalam tempoh edaran hadiah dan selepas waktu Akaun Pertandingan mempunyai USD 50 atau EUR 50 (bergantung pada mata wang akaun) dalam akaun masing-masing (tidak termasuk dana hadiah) akan dikira bagi tujuan pertandingan ini.

Sebaik sahaja didaftar masuk, Peserta tidak perlu mengulangi prosedur ini untuk pusingan Pertandingan yang akan datang.

Akaun Pertandingan akan mula bersaing untuk edaran hadiah berikutnya sekiranya Dana Peribadi (Ekuiti tidak termasuk bonus) adalah sekurang-kurangnya USD 50 (atau dalam EUR, tidak termasuk dana bonus) pada waktu edaran hadiah tersebut diumumkan.

Sekiranya Dana Peribadi Akaun Pertandingan jatuh di bawah USD atau EUR 50, akaun ini tidak boleh bersaing untuk edaran hadiah berikutnya sehingga bakinya mencapai jumlah ini semula.

Peserta mempunyai hak untuk membuka dan mendeposit ke mana-mana Akaun Pertandingan lain. Sila ambil maklum bahawa setiap Akaun Pertandingan dikira sebagai peserta yang berasingan! Keputusan bagi akaun yang berbeza tidak boleh digabungkan!

Akaun-akaun Pertandingan yang dimiliki oleh Peserta yang sama akan ditugaskan dalam penilaian menaik, iaitu Nama_Peserta (1), Nama_Peserta (2), dan seterusnya, dalam turutan kronologi berdasarkan waktu mereka menyertai Pertandingan ini.

Dengan mengambil bahagian dalam Pertandingan ini, Peserta bersetuju tanpa syarat dengan Peraturan Pertandingan.

Syarat dagangan

Semua strategi dan/atau EA dibenarkan untuk dagangan dalam Akaun Pertandingan.

Hanya akaun sebenar MetaTrader 4 (Micro) layak untuk Pertandingan ini.

Sebarang pelanggaran Peraturan ini akan tertakluk kepada pelucutan kelayakan daripada Pertandingan.

Syarikat berhak untuk menolak atau melucutkan sebarang peserta tanpa sebarang penjelasan. Alasan bagi pelucutan kelayakan mungkin melibatkan pembukaan perintah bertentangan bervolum tinggi pada pasangan matawang yang sama dalam akaun dagangan yang berbeza pada lebih kurang masa yang sama, serta penggunaan kegagalan dalam aliran sebut harga bagi mendapatkan keuntungan yang terjamin, atau sebarang jenis penipuan lain.

Penggunaan berbilang profil yang dibuka di OctaFX adalah dilarang. Sekiranya Syarikat dengan wajar mengesyaki terdapat dua profil atau lebih yang diuruskan oleh individu yang sama, semua akaun dagangan yang dibuka di bawah profil ini akan disekat daripada Pertandingan.

Syarikat berhak untuk meminda, mengemas kini atau membatalkan Peraturan promosi ini atas budi bicara sendiri tanpa pemberitahuan lanjut kepada Peserta dengan mengirimkan maklumat berkenaan ke laman web Syarikat. Syarikat berhak untuk menyelesaikan sebarang kejadian yang tidak dihuraikan dalam Peraturan ini atas budi bicara sendiri.

Hadiah Pertandingan dan prosedur untuk menentukan pemenang

Pertandingan terdiri daripada empat edaran hadiah. Peserta bersaing untuk setiap edaran selama tiga bulan kalendar. Pemenang akan ditentukan oleh kedudukan keseluruhan mereka pada waktu yang ditetapkan di halaman Pertandingan di bawah ‘Edaran berikutnya di dunia/India/Indonesia/Malaysia’. Hadiah akan diserahkan kepada Peserta yang mendapat penilaian terbaik merentasi semua kategori (Untung, Faktor Untung, Volum Dagangan) di kawasan masing-masing.

Peserta akan dianggap pemenang Pertandingan sekiranya semua penempatannya dalam kedudukan merentasi semua kategori membawa kepada jumlah paling rendah pada 10 kedudukan terbaik. Contohnya, seorang Peserta telah tamat dengan kedudukan Pertama, Kedua dan Keempat dalam setiap kategori (jumlah semua kedudukan: 1+2+4=7) akan ditempatkan lebih tinggi dalam kedudukan keseluruhan, jika jumlah kedudukan keseluruhan pesaingnya melebihi 7 (2+3+3, 1+5+2, dan berikutnya.). Sekiranya lebih daripada seorang Peserta yang mendahului mempunyai jumlah kedudukan keseluruhan yang sama, penempatan akhir akan ditentukan berdasarkan kriteria tambahan (lihat Prosedur kiraan penilaian di bawah).

Peserta hanya boleh bersaing untuk Hadiah di kawasan mereka mula-mula mendaftar sahaja.

Hadiah pertama akan diberikan kepada pemenang tempat pertama. Hadiah kedua akan diberikan kepada Peserta yang mendapat tempat kedua hingga keempat. Hadiah ketiga akan diberikan kepada Peserta yang mendapat tempat kelima hingga ketujuh. Hadiah keempat akan diberikan kepada Peserta yang mendapat tempat kelapan hingga kesepuluh.

Hadiah Pertandingan bergantung pada kawasan.

Hadiah untuk kawasan global/dunia (bagi satu edaran hadiah):

  • Hadiah pertama: Honda Civic
  • Hadiah kedua: 3 × MacBook Air 2019
  • Hadiah ketiga: 3 × Samsung Galaxy S20
  • Hadiah keempat: 3 × Apple Watch

Hadiah untuk kawasan India (bagi satu edaran hadiah):

  • Hadiah pertama: Volkswagen T-Roc
  • Hadiah kedua: 3 × MacBook Air 2020
  • Hadiah ketiga: 3 × Samsung Galaxy S20
  • Hadiah keempat: 3 × Samsung Galaxy Watch Active2

Hadiah untuk kawasan Indonesia (bagi satu edaran hadiah):

  • Hadiah pertama: Mitsubishi Xpander
  • Hadiah kedua: 3 × MacBook Air 2019
  • Hadiah ketiga: 3 × Samsung Galaxy A71
  • Hadiah keempat: 3 × Samsung Galaxy Watch Active

Hadiah untuk kawasan Malaysia (bagi satu edaran hadiah):

  • Hadiah pertama: Honda Civic
  • Hadiah kedua: 3 × MacBook Air 2020
  • Hadiah ketiga: 3 × Samsung Galaxy S10
  • Hadiah keempat: 3 × Samsung Galaxy Watch

Syarikat berhak untuk menukar hadiah tanpa sebarang notis awal.

Prosedur kiraan penilaian bagi setiap kategori

Keuntungan

Untung = (Dana Peribadi + Amaun Pengeluaran – Dana Peribadi Setelah Deposit)/Dana Peribadi Setelah Deposit × 100%

Dalam persamaan ini, Dana Peribadi merupakan ekuiti semasa Akaun Pertandingan tidak termasuk bonus, Amaun Pengeluaran merupakan jumlah amaun bagi wang yang dikeluarkan daripada akaun pertandingan selepas didaftar masuk untuk edaran hadiah atau selepas deposit, Dana Peribadi Setelah Deposit merupakan ekuiti bagi Akaun Pertandingan (tidak termasuk dana bonus) pada waktu deposit dilakukan.

Sekiranya Peserta melakukan berbilang deposit semasa bersaing untuk edaran hadiah yang sama, jumlah keuntungan dikira sebagai jumlah keuntungan yang berlainan bagi semua tempoh waktu antara deposit tersebut:

Untung = Untung 1 (dari Deposit awalan hingga Deposit 2) + Untung 2 (dari Deposit 2 hingga Deposit 3) + Untung N (Selepas Deposit N).

Pada bila-bila masa Peserta melakukan deposit baru ke dalam Akaun Pertandingan, kami akan mengira keuntungan yang telah pun diperoleh dalam akaun ini sebelum deposit (Untung 1), kemudian mula mengira keuntungan selepas deposit (Untung 2), hingga edaran hadiah semasa dicabut atau deposit lain dilakukan.

Contohnya:

Anda mulakan pertandingan dengan deposit minimum USD 50 (atau EUR 50, bergantung pada mata wang akaun anda).

Sepanjang dua minggu, anda memperoleh keuntungan sebanyak USD 300 dan kini anda ada USD 350 dalam akaun anda. Pada ketika ini, keuntungan anda ialah (350-50)/50*100%=600%. Kemudian anda memutuskan untuk menambah lebih banyak dana (USD 250) ke dalam akaun anda untuk mendagangkan volum yang lebih tinggi. Apabila anda melakukan deposit USD 250 ini, kami akan mengira keuntungan anda pada 600% (ini adalah Untung 1 anda) dan mula mengira Untung 2 anda. Pada minggu berikutnya, akaun anda telah berkembang daripada USD kepada USD 800. Jadi Untung 2 anda pada akhir tempoh ini akan menjadi (800-600)/600*100%=33.3%. Dan jumlah keuntungan anda pada akhir tempoh yang sama akan menjadi Untung 1 + Untung 2 = 633.3%.

Faktor Untung

Faktor Untung = Untung daripada Dagangan (dalam USD) / Kerugian daripada Dagangan (dalam USD)

Sekiranya Peserta memperoleh keputusan yang sama, kedudukan mereka akan ditentukan berdasarkan jumlah amaun kewangan bagi dagangan menguntungkan mereka—Peserta dengan jumlah yang lebih tinggi menang.

Volum Dagangan

Volum dagangan = jumlah volum bagi semua dagangan yang dibuka bersaing untuk satu edaran hadiah yang sama.

Sekiranya Peserta mempunyai berbilang akaun, pencapaian mereka tidak akan digabungkan. Akaun kedua dan berikutnya akan dinilai secara berasingan.

Kedudukan keseluruhan = jumlah penempatan Peserta merentasi kesemua tiga kategori dalam kedudukan tahunan.

Pemenang akan ditentukan berdasarkan nilai kedudukan keseluruhan mengikut nilai berangka yang paling rendah.

Sekiranya Peserta memperolehi kedudukan keseluruhan yang sama, pemenang akan ditentukan seperti berikut:

1. Peserta dengan jumlah kedudukan paling rendah dalam kategori Faktor Untung dan Volum Dagangan menang.

2. The Participant with the highest Gain wins. (If the sum of places across Profit Factor and Traded Volume matches.)

Bagi mengira Untung dan Faktor Untung, kami menggunakan peraturan berikut:

Semua dagangan yang dibuka sebelum ketibaan edaran hadiah baru dianggap sebagai dibuka pada harga terpakai pertama selepas edaran hadiah baru bermula. Dan semua dagangan yang kekal terbuka pada waktu edaran hadiah tersebut bermula dianggap ditutup pada harga terakhir yang tersedia.

Data kedudukan dikira bagi setiap tiga bulan secara berasingan dengan pemasaan terhad untuk pengumuman dan cabutan edaran hadiah tersebut.

Lain-lain

Semua Dana Peribadi Peserta (pada waktu edaran hadiah baru diperkenalkan) dianggap sebagai deposit awalan.

Keputusan akan diumumkan tidak lebih daripada tujuh hari selepas tarikh akhir ketibaan edaran hadiah.

Kami akan menghubungi pemenang dalam masa tujuh hari bekerja selepas cabutan edaran hadiah dilakukan.

Pemenang bersetuju untuk mengambil bahagian dalam majlis penyampaian hadiah dan sebarang aktiviti Hubungan Awam yang berkaitan dengan Pertandingan—ini merupakan syarat wajib bagi menuntut hadiah.

Majlis penyampaian hadiah akan diterbitkan di laman Syarikat dan/atau media sosial atau media massa lain.

Syarikat akan melakukan semakan latar belakang terhadap pemenang, kesahihannya, kesahihan maklumatnya dan sebarang pelanggaran yang dilakukannya. Sekiranya terdapat sebarang isu yang ditemui, Syarikat berhak untuk membatalkan sebarang keputusan cabutan hadiah tersebut.

Pemenang perlu memberikan satu set penuh dokumen sebenar (pasport atau Pengenalan Diri lain yang mengesahkan tempat tinggal pemenang) sebelum menuntut hadiah. Pengenalan Diri ini mestilah sah.

Dalam kes-kes terpencil, wang yang setara dengan nilai hadiah akan dibayar ke dalam akaun dagangan atau akaun bank pemenang.

Peserta tidak boleh memenangi lebih daripada 4 hadiah dalam Pertandingan ini. Hanya akaun pertandingan milik Peserta dengan kedudukan terbaik sahaja layak untuk menerima cabutan hadiah.

Peserta tidak boleh memenangi lebih daripada satu Hadiah Pertama. Sekiranya Peserta memenangi Hadiah Pertama (sebuah kenderaan), beliau akan dianggap sebagai pemenang mutlak, dan semua Akaun Pertandingan milik Peserta tersebut akan dikeluarkan daripada Pertandingan sehingga pertandingan tamat.

Semua foto dan/atau gambar hadiah yang digunakan dalam iklan Pertandingan, banner promosi dan bahan promosi lain adalah untuk tujuan makluman sahaja. Hadiah sebenar mungkin kelihatan berbeza.

Hadiah akan diserahkan kepada pemenang sama ada melalui ejen Syarikat atau wakil lain, atau jika tidak Hadiah Pertama boleh diperoleh di pengedar kereta berhampiran yang menjual model kereta yang tertentu atau sama. Syarikat tidak akan bertanggungjawab terhadap terma penghantaran melalui kiriman pos atau perkhidmatan kurier, atau atas sebarang kehilangan hadiah dalam perjalanan penghantaran yang disebabkan oleh pihak ketiga. Syarikat tidak akan bertanggungjawab atas sebarang caj cukai yang dikenakan terhadap pemenang di bidang kuasa mereka (termasuk dan tidak terhad kepada cukai harta, cukai kenderaan, cukai jalan atau yuran lain).

Sekiranya pemenang tidak dapat menerima hadiah tersebut, perjanjian kepercayaan perlu dimeterai untuk individu lain menerusi surat kuasa wakil.

Sekiranya Syarikat tidak dapat menghubungi pemenang dalam masa 14 hari selepas tarikh edaran hadiah, hadiah akan diserahkan kepada Peserta pada kedudukan berikutnya. Semua penempatan dan hadiah akan dianjakkan selaras dengannya.

Syarikat amat menitikberatkan privasi klien dan memahami bahawa anda mungkin tidak ingin berkongsi maklumat kewangan anda termasuk amaun deposit, volum dagangan, dana peribadi atau sebarang parameter lain—yang akan kekal disembunyikan daripada pengguna lain.

Syarikat berhak untuk mengubah peraturan promosi tanpa pemberitahuan awal.

Syarikat tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan dan/atau gangguan teknikal terhadap sambungan internet di sisi klien atau perkhidmatan pihak ketiga, yang secara langsung atau tidak langsung menjejaskan penyertaan klien dalam Pertandingan ini.

Syarikat tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kelewatan atau gangguan dalam operasi perkhidmatan atau pemindahan data, atau kegagalan prestasi dalam sistem OctaFX, tanpa mengira sebabnya, termasuk dan tidak terhad kepada, kerosakan perkakasan atau perisian, atau gangguan dalam operasi sistem OctaFX.

Sebarang pertelingkahan yang muncul daripada Pertandingan ini dan keputusannya adalah tertakluk kepada penyelesaian menerusi rundingan.

Sekiranya pemenang Pertandingan enggan untuk mematuhi Peraturan Pertandingan atau mana-mana peruntukannya, Peserta ini akan disekat daripada Pertandingan.

Versi bahasa Inggeris bagi Peraturan ini kekal sebagai rujukan utama. Sebarang terjemahan bagi Peraturan Pertandingan, halaman Pertandingan dan statistik adalah untuk tujuan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat percanggahan antara versi bahasa Inggeris dan versi dalam bahasa lain bagi bahan-bahan ini, versi bahasa Inggeris akan digunakan.

Start livechat