Berita Syarikat
Back
Oct 17, 2016
Selamat datang pemenang Pusingan 54 Pertandingan demo Mingguan cTrader:
Satu lagi pusingan pertandingan demo mingguan cTrader sudah tamat dan keputusan pertandingan diumumkan. Sementara para pemenang Pusingan 54 meraikan kejayaan mereka, semua pedagang yang ingin menguji kemampuan dagangan mereka boleh menyertai pertandingan ini. Kami rasa gembira untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang:
- Tempat pertama dengan hadiah $150 dimenangi oleh En. Czeslaw Socha dari Poland.
- Tempat kedua dengan hadiah $100 dimenangi oleh En. Olexandr Korobkin dari Ukraine.
- Tempat ketiga dengan hadiah $75 dimenangi oleh Moh. Hanafi dari Indonesia.
- Tempat keempat dengan hadiah $50 dimenangi oleh En. Gang Chen dari China..
- Tempat kelima dengan hadiah $25 dimenangi oleh En. Yasunori Nakatsuta dari Jepun.
Jika anda masih tertanya-tanya sama ada pertandingan demo Mingguan cTrader sesuai untuk anda, berikut ialah beberapa kelebihan untuk anda pertimbangkan:
- Percuma. Tiada yuran pendaftaran atau perbelanjaan lain. Mendapat akaun demo dan berdagang - secara percuma.
- Peluang untuk memenangi hadiah sebenar. Dana hadiah berjumlah $400 dan dibahagikan kepada lima pemenang.
- Pantas. Tempoh pertandingan demo Mingguan cTrader adalah seminggu, jadi tidak mengambil masa yang lama untuk mendapat hadiah anda.
- Belajar dan perbaik. Mingguan cTrader ialah pertandingan demo, menjadikannya tempat yang sesuai untuk menguji kemahiran anda dan membina kemampuan anda tanpa risiko.
Mudah sahaja untuk mengambil bahagian dalam pertandingan kami, hanya buka akaun demo untuk menyertai pusingan seterusnya pertandingan demo Mingguan cTrader!
Pertandingan demo Mingguan cTrader OctaFX: dagangan demo, pengalaman sebenar!